KEPADA ORANG-ORANG YANG MENGAKU UMAT MUHAMMAD DAN JUGA RASULNYA SEKARANG INI KHUSUSNYA BANGSA MELAYU
Rujuk Kitab Suci Al Quran, Surah Ibrahim, ayat 4;
'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'
Mengikut ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas, nyatalah Nabi Muhammad itu diutuskan Tuhan kepada kaumnya ketika itu. Yang menyampaikan ayat-ayat Tuhan dengan terang kepada kaum Arab ketika itu. Terbuktilah dengan nyata bahawa Nabi Muhammad itu tidak diutuskan Tuhan selaku rasul kepada kaum Melayu. Maka ternyatalah kaum Melayu itu buta terhadap ayat-ayat Al Quran yang tersebut di atas. Dan Al Quran itu menjadi kegelapan bagi mereka. Ayat-ayat Tuhan itu sesuai kepada semua kaum yang diutuskan rasul oleh-Nya kepada mereka. Samada kaum dahulu mahupun kaum yang wujud sekarang ini. Sifat Tuhan itu adalah Maha Adil kepada hamba-hamba-Nya. Dan Tuhan itu tidak ada melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya. Bagaimanakah orang-orang Melayu memahami ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas terhadap diri mereka masing-masing? Bolehkah para pengkomen di dalam blog ini menafikan kebenaran ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas yang telah berlaku kejadiannya kepada kaum Melayu sekarang ini di Malaysia sebagai bukti yang nyata kebenaran Tuhan tersebut kepada mereka?
Berdasarkan Surah Ibrahim, ayat 4 yang tersebut di atas, maka terbuktilah dengan nyata bahawa kaum Melayu sekarang ini mengikuti rasul yang tidak menepati kehendak Tuhan dan hidayah-Nya kepada manusia. Maka oleh sebab itulah kebanyakan mereka itu sesat. Hanya sedikit sahaja yang mendapat petunjuk. Sesungguhnya Allah lebih perkasa dan lebih bijaksana daripada manusia.
Hanya orang-orang beriman yang mengikuti rasul yang menepati kehendak Tuhan dan hidayah-Nya kepada manusia itu sahaja, yang benar agamanya di sisi Tuhan. Ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas, bukti kebenarannya ada pada diri rasul dan orang-orang yang beriman. Mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Manakala ayat 'yang sesat' itu pula ada bukti kebenarannya ayat-ayat pada orang-orang yang menentang rasul yang diutus Tuhan sekarang ini iaitu orang-orang kafir.
Apakah alasan orang-orang Melayu sekarang ini menjadikan Nabi Muhammad selaku rasul mereka adalah benar di sisi Tuhan berdasarkan Surah Ibrahim, ayat 4 tersebut?
Dan apakah alasan orang Melayu sekarang ini untuk menafikan tentang kebenaran ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas, iaitu Dia mengutuskan seorang rasul-Nya kepada kaum Melayu yang membacakan ayat-ayat-Nya dengan terang kepada mereka di dalam bahasa Melayu itu sendiri? Manakala orang yang beriman dengan rasul-Nya itu mendapat petunjuk dan yang tidak beriman dengan rasul-Nya itu, orang yang disesatkan Tuhan. Begitulah kejadian yang berlaku sekarang ini kepada kaum Melayu di Malaysia. Dan tidak terjadi sesuatu itu kecuali telah ada kitab sebelumnya.
Di dalam Al Quran, Tuhan tidak ada menyatakan, yang mana Dia mengutus seorang rasul kepada sesuatu kaum yang bukan di kalangan mereka atau yang tidak semasa dengan mereka atau yang menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang bukan di dalam bahasa mereka. Jika berlaku kejadian tersebut, nyatalah ianya bukan datangnya daripada Tuhan. Kaum-kaum yang beriman sebelum ini juga tidak pernah melakukan perkara tersebut kerana ianya adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal sama sekali.
Barangsiapa yang tidak beriman kepada rasul yang diutus sekarang ini, sama jugalah maksudnya mereka tidak beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Tuhan sebelum ini kepada rasul-rasul-Nya itu dan orang-orang yang beriman.
Barangsiapa yang tidak beriman kepada ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas dan menentang rasul yang diutuskan-Nya sekarang ini, merekalah orang-orang yang kafir sebenarnya di sisi Tuhan.
Bagaimanakah manusia itu hendak beriman kepada ayat-ayat Al Quran, jika sekiranya mereka tidak dapat menyaksikan sendiri bukti yang nyata kebenaran ayat-ayat Tuhan tersebut pada dirinya masing-masing melalui kejadian segala sesuatu? Rasul itu adalah bukti kebenaran Kitab Al Quran yang nyata.
Yang benar,
Abdul Kahar Bin Ahmad
Pesuruh Raja Yang memerintah sekelian alam
Ada yang salah tidak dari catatan rasul melayu dari negara maingtea....