Tanda 100 Hari Mau Meninggal
Innalillahi wa innalillahi rojiun, datang dari Alloh dan akan kembali kepadaNya,
semoga kita selalu menjadi orang - orang yang selalu mengingatNya dan beruntung
serta saling mengingatkan.
Tanda 100 hari mau meninggal...
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh
mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma saja mereka sadar atau tidak.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa
mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah
kita sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang
manfaat.
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang
akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-
denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut
dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-
akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk
makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara
dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu
supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu
akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak