andai ayat itu dilakukan bangsa Indonesia : : : : :
Negara indonesia baru berdiri secara syah pada tgl.17 Agustus 1945 .
Sebelum itu tidak ada negara yg bernama Indonesia .
lalu mengapa mengaku dijajah 350 tahun , artinya sejak tahun 1600 .
: : : :
belajar sejarah dimana???
Kutipan Sejarah Kerajaan Siak :
Sultan Abdul Jalil Muzaffar Syah (1746-1765)
Tengku Buang Asmara Tengku Mahkota dilantik dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Muzaffar Syah setelah mangkatnya ayahandanya. Di waktu pemerintahannya, beliau memutuskan untuk membuat negeri baru dan memindahkan Ibu kerajaan kesana. Sekitar tahun 1750 M, maka dibagunkanlah negeri disebelah kehulu negeri Buantan pada sebuah tempat yang bernama Mempurayang terletak pada sebauh kali yans bernama Sungai Mempura Besar. Kemudian sejak itulah sungai Jantan berubah nama menjadi sungai Siak dan kerajaan beliau dinamakan kerajaan “Siak Sri Indrapura”
Tengku Alam, kekanda Sultan, ada meninggalkan seorang puteranya bernama Tengku Muhammad Ali. Sesudah pusat kerajaan dipindahkan ke Mempura oleh Sultan, Tengku Muhammad Ali dilantik sebagi Panglima Besar Kerajaan Siak bergelar Tengku Panglima Besar Muhammad Ali. Sepanjang pemerintahannya, ianya sentiasa menghadapi serangan dari pihak Belanda. Ianya bermula dengan persetujuan Sultan membenarkan kapal-kapal Belanda mengangkut hasil bumi Siak, kemudian diberikan pula kebenaran untuk membangunkan logi di pulau Guntung, dekat muara siak. Maka pada tahun 1756 M, Belanda telah mendirikan logi dipulau Guntung yang kukuh dengan peralatan perang. Mulai dari situ, Belanda mula mengenakan cukai keatas pedagang-pedagang yang melalui pulau Guntung tanpa persetujuan Sultan.
Sultan dengan bijaknya telah mengutuskan Tengku Panglima Besar Muhammad Al dan datuk Limapuluh bersama-sama pahlawan Siak menyerang kawasan logi Belanda dengan liciknya iaitu “menghantar hadiah” sedangkan hadiah tersebut adalah keris dan senjata untuk berperang dengan Belanda. Akhirnya Belanda telah kalah dalam peperangan tersebut dan, Sultan telah kembali ke Siak dengan harta rampasan iaitu meriam dan kapal-kapal perang Belanda. Dengan hasil harta ramapasan tersebut, sekitar Siak telah di bina kubu-kubu yang kuat yang dilengkapi dengan meriam. Kekuatan kerajaan Siak ini mula menyebabkan Belanda dan Johor mula berdiam diri buat sementara waktu. Setelah beliau memerintah selama kurang lebih 19 tahun, dan setelah kerajaan Siak kukuh, maka pada 1765 M mangkatlah beliau dan digelar Marhum Mempura Besar.
Dimana Peran atau Andil Negara Indonesia pada saat ini.??????
Siapakah yg dijajah saat ini , kerajaan Siak atau Indonesia ?